SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN akan menyertai acara kuda lasak dalam Sukan SEA 2017 di Lembah Bidong, Terengganu.

Kenyataan itu memberi bayangan bahawa tidak mustahil untuk Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang menyertai acara kuda lasak dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (polo) berpotensi untuk menjadi pembawa bendera negara.

Bagaimanapun, Beng Choo enggan mendedahkan nama yang telah disenarai pendek bagi tujuan itu kerana mahu menjadikannya sebagai satu kejutan.

Katanya, ciri-ciri utama yang perlu ada bagi calon pembawa bendera ialah atlet itu perlu melambangkan yang terbaik untuk Malaysia.

“Keputusan siapa akan menjadi pembawa bendera ini adalah hasil perbincangan di antara Menteri dan MOM.

“Semua 871 atlet ada potensi untuk diberikan pertimbangan tetapi keputusan itu akan diumumkan pada 10 Ogos ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas taklimat Perhimpunan Terakhir Atlet Sukan SEA 2017, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Beng Choo memberitahu, pihaknya ada menerima permohonan pertukaran atlet dalam kalangan negara yang akan bertanding.

Katanya, mereka akan dibenarkan untuk menukar atlet sekiranya ada mengalami kecederaan atau atas sebab-sebab yang dibenarkan mengikut peraturan pertandingan.