Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan, Howard Lee Chuan How berkata, pertukaran jadual perlawanan itu bagi menunggu keputusan ujian saringan yang dijalankan terhadap kesemua 11 atlet futsal negeri itu.

Katanya, sekiranya keputusan tersebut adalah positif, kontinjen futsal Sabah diberikan kelonggaran untuk menukar atlet-atlet mereka yang dijangkiti dengan atlet baharu.

“Jabatan Kesihatan negeri telah menerima laporan mengenai kes disyaki jangkitan saluran pernafasan daripada Hospital Angkatan Tentera Lumut melibatkan atlet futsal Sabah pada Jumaat lalu.

“Siasatan yang dijalankan mendapati, atlet wanita berusia 16 tahun itu mengalami gejala demam pada 2 September lalu dan bengkak di kedua-dua belah lehernya sejak 3 September,” katanya dalam sidang akhbar bersama Sekretariat Sukma, Majlis Sukan Negara dan negeri di Hotel [email protected] di sini hari ini.

Howard berkata, siasatan lanjut juga mendapati seramai 11 lagi atlet futsal Sabah dikesan mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan ringan.

Bagaimanapun katanya, kesemua mereka telah pun diberikan rawatan dengan sampel klinikal untuk pengesahan diagnosis telah diambil.

“Atlet wanita itu yang disyaki mengalami jangkitan telah pun dikuarantinkan manakala 11 lagi atlet lain dinasihatkan supaya tidak bercampur atau bergaul dengan atlet-atlet lain,” katanya. - UTUSAN ONLINE