Perdana Menteri berkata, menerusi temasya itu, dapat dilihat kesungguhan dan semangat juang para atlet negara tiada tolok bandingnya.

“Tak mudah perjalanan dilalui, tetapi berjaya ditempuhi penuh kecekalan, kegigihan dan keazaman. Hari ini, usaha itu terbalas dengan kejayaan 259 pingat.

“Anda #Kebangaanku, syabas dan tahniah!” kata Perdana Menteri menerusi akaun Twitter beliau malam ini.