Lima sukan cemerlang dalam Sukan Asia 2018 ialah boling, berbasikal, skuasy, pelayaran dan sepak takraw.

Malaysia menamatkan kempen Sukan Asia 2018 dengan tujuh pingat emas, 13 pingat perak dan 16 pingat gangsa.

Ketua kontinjen Malaysia bagi Sukan Asia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi berkata, pujian juga wajar diberikan kepada keseluruhan atlet negara kerana telah berjuang sebaiknya dalam merealisasikan sasaran tujuh pingat emas.

"Secara keseluruhannya kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran ditetapkan malah memperbaiki pencapaian lima pingat emas sewaktu Sukan Asia 2014," kata Azim dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE