Naib Presiden IAAF, Dahlan Al Hamad dari Qatar berkata demikian selepas menyaksikan pe­nganjuran Sukan SEA Ke-29 melibatkan acara olahraga di stadium tersebut.

Dahlan, yang juga Presiden Persatuan Olahraga Asia (AAA), berkata kualiti trek dan padang yang amat baik membuatkan dia kagum dengan penganjuran Sukan SEA Ke-29 sekali gus berharap Malaysia memanfaatkan kemudahan dimiliki untuk me­nganjurkan kejohanan lebih besar pada masa akan datang.

“Saya berpendapat ini adalah stadium yang amat baik pernah saya lihat di rantau Asia Tenggara, malah saya percaya jika Malaysia mahu menganjurkan Sukan Olimpik sekali pun bukan masalah.

“Sebagai Naib Presiden IAAF dan Presiden AAA, saya akan menyokong Malaysia sepenuhnya jika mereka berminat untuk menganjurkan kejohanan olahraga bertaraf dunia atau Asia.

“Saya melihat sendiri kemudahan di Stadium Nasional semasa acara olahraga berlangsung dalam Sukan SEA Ke-29 dan saya berpendapat kemudahan yang dimiliki ini dapat memberikan keselesaan kepada semua atlet bertanding,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan olahraga besar ialah pada 1991 iaitu Kejohanan Olahraga Asia yang berlangsung di Stadium Merdeka.

Dalam kejohanan tersebut Malaysia berjaya meraih satu pingat emas menerusi legenda 110 meter lari berpagar, Nur Herman Majid.