Southampton dalam satu kenyataan berkata, kontrak pengendali berasal dari Perancis itu ditamatkan lebih awal walaupun mengikut perjanjian asal dia masih ada dua tahun lagi untuk bersama kelab tersebut.

“Kami mengesahkan telah menamatkan kontrak Claude Puel berkuatkuasa serta merta,” kata kenyataan tersebut merujuk kepada pengurus berusia 55 tahun itu yang pencapaian terbaiknya berjaya membawa Southampton mara ke final Piala Liga sebelum tewas kepada Manchester United selain menamatkan musim 2016-17 di tangga kelapan.

Bagaimanapun kenyataan tersebut tidak pula menyebut pengganti Puel sebaliknya berkata, proses sedang dilakukan untuk melantik pengurus baharu - AFP