Gol pendahuluan pelawat dijaringkan kapten pasukan, Vivek Prasad pada minit ke-11 diikuti Vishal Antil (15 dan 25) dan Shilanand Lakra pada minit ke-32.

Terdahulu, Jepun akhiri cabaran ditempat kelima selepas membenam pendatang baharu, Amerika Syarikat 11-0.

Great Britain akan bertemu penyandang juara, Australia pukul 8.35 malam ini bagi penentuan juara kejohanan edisi ketujuh itu. - UTUSAN ONLINE