Smith yang membantu All Blacks meraih gelaran Piala Dunia 2011 dan 2015 berkata, dia merancang berehat panjang selepas kejohanan tersebut.

“Sukar dipercayai yang saya sudah 20 tahun terlibat bersama All Blacks menjadi jurulatih dan pemain dan ragbi juga sebahagian daripada hidup saya.

“Saya melalui masa yang amat indah bersama pasukan All Blacks dan ini semua akan menjadi satu pengalaman indah buat saya,” kata Smith.

Kejohanan Kejuaraan Ragbi akan bermula Ogos ini dan berakhir pada Oktober. - REUTERS