Aksi di Pusat Skuasy Gelora Bung Karno, di sini menyaksikan ratu skuasy negara, Nicol berada di landasan terbaik untuk meraih pingat emas keempat berturut-turutnya di temasya itu selepas menundukkan Dipika Pallikal Khartik 11-7, 11-9, 11-6.

Dalam satu lagi aksi, pemain remaja negara, Sivasangari juga menampilkan aksi cemerlang dalam penampilan pertamanya di temasya itu dengan menundukkan C. Joshana dari India 12-10, 11-6, 9-11, 11-7 untuk memastikan aksi final menjadi milik Malaysia.

Nicol berkata, perlawanan hari ini sememangnya sukar kerana Joshana merupakan seorang pemain yang suka menyerang dan membutkan dirinya terpaksa bertahan dengan baik sebelum mengatasinya.- UTUSAN ONLINE