Ivan Yuen gagal menghadiahkan mata pertama selepas tewas 7-11, 18-20, 11-9, 8-11 kepada Yip Tzs Fung namun Nafiizwan Adnan berjaya menghidupkan semula peluang negara selepas mengetepikan Max Lee 11-9, 11-7, 11-7.

Perseorangan ketiga negara yang juga juara remaja dunia, Ng Eain Yow memastikan pingat emas menjadi milik Malaysia selepas menang 11-7, 11-7, 11-4 ke atas Au Chun Ming. - UTUSAN ONLINE