Me­gat Zulkarnain

Kejayaan skuad negara membolot 10 pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) dan ketika julung kalinya silat dipertandingkan di peringkat temasya terbesar Asia nanti, pasti tuan rumah menjadikan sukan subjektif itu sebagai ‘lubuk emas’ mereka.

Bagaimanapun, segala cabaran itu bukan halangan utama buat pasukan silat negara untuk mencipta sejarah meraih emas sulung di pentas Asia di Jakarta nanti dan persediaan latihan sudah pun dirangka ketika temasya hanya berbaki sembilan bulan lagi.

“Kita tidak menolak kemungkinan (provokasi dan teknikal), di media sosial... walaupun tidak ada yang rasmi dari pesilat Indonesia namun ada yang mengatakan mereka menunggu kita di Jakarta.

“Apapun, kita tiada masalah dan sudah bersedia untuk mengambil bahagian. Sebagai pengarah teknikal di Sukan SEA lalu, kita hanya menerima beberapa protes sahaja dan kita harap di Indonesia nanti, penekanan sama turut diambil.

“Kita harus memikirkan bagaimana nak dapatkan pertandingan yang terbaik supaya tidak ada masalah lagi di Sukan Asia yang berikutnya (selepas Indonesia),” katanya.

Tahun lalu, Megat Zulkarnain meluahkan rasa tidak puas hati selepas pesilat negara, Mohd Zarish Hakim Shukor tidak menerima keputusan yang beretika daripada pegawai perubatan perlawanan pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia di Gelanggang Olahraga Lila Bhuana.

Situasi itu berkemungkinan besar akan berulang apabila temasya terbesar Asia itu berlangsung di Indonesia dan dia turut memberitahu bahawa venue pertandingan juga telah diperbesarkan oleh tuan rumah.

“Saya dapat jangkakan suasana yang hebat ketika pertandingan nanti, kerana venue adalah di gerbang persilatan mereka. Venue ini mempunyai kapasiti dari 5,000 hingga 7,000 tempat duduk dan difahamkan mereka dapat kebenaran untuk menambahnya lagi.

“Ini kerana, silat adalah 'lubuk emas' buat Indonesia, jadi atlet kita kena bersedia 300 peratus, mereka tidak ada sukan lain yang boleh diharapkan untuk mendapatkan pingat. Maka sudah tentu setiap kali Malaysia bertemu Indonesia, pertarungan akan menjadi ‘panas’,” jelasnya.

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai persiapan Megat Zulkarnain menjelaskan satu pelan latihan yang hampir sama agresif seperti dijalani pasukan silat sebelum KL2017 mungkin akan digunakan selepas mendatangkan hasil yang positif