BEH LEE WEI
BEH LEE WEI

Persatuan Pingpong Malaysia (TTAM) sebaliknya menetapkan matlamat yang realistik bagi mereka iaitu atlet mereka mara ke suku akhir meman­dangkan pemain-pemain muda yang akan menggalas cabaran Malaysia.

Ketika Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pingpong di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil sebelum ini, Pengurus Besar TTAM, Soong Poh Wah menyifatkan barisan pemain yang diberikan kepercayaan kali ini adalah prospek yang sedang meningkat naik dan mampu memberikan saingan walaupun tidak disandarkan untuk menyumbang sebarang pingat.

“Barisan pemain muda kali ini, sasaran sederhana sahaja ditetapkan kepada mereka iaitu suku akhir,” katanya.

Bagi acara lelaki, TTAM menyenaraikan Leong Chee Feng, Muhamad Ashraf Haiqal Muhamad Rizal dan Javen Choong, manakala bagi pasukan wanita pula ialah Alice Chang, Tee Ai Xin, Karen Lyne dan Ho Ying.

Pingpong mempertandingkan tujuh acara iaitu perseorangan, beregu lelaki, wanita serta campuran dan berpasukan lelaki serta wanita.

Skuad negara kini menjalani latihan intensif selama tiga minggu di China bermula 3 Mac sebelum memulakan kempen di Gold Coast.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam acara pingpong Sukan Komanwel ialah memenangi pingat perak berpasukan wanita di Glasgow pada 2014 melalui Beh Lee Wei yang kini menjadi jurulatih kebangsaan, Ng Sock Khim, Lee Rou You dan Ho Ying selain pingat gangsa dalam acara sama pada edisi 2010 di New Delhi.

Tetapi atlet pingpong para negara Muhammad Azwar Bakar pula memiliki sasaran peribadi iaitu menundukkan Kim Daybell dari Britain dalam temasya itu.

Penyumbang dua pingat gangsa Sukan Para ASEAN 2017 berusia 30 tahun itu berkata bahawa pingat adalah perkara kedua kerana misinya menundukkan Daybell selepas tiga kali tewas, termasuk dalam Sukan Paralimpik London 2012.

“Sejujurnya saya ingin mengalahkan dia (Daybell), kerana sebelum ini saya hanya tewas tipis, jadi saya berharap dapat melakukannya di Gold Coast nanti,” katanya.