Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Skuad olahraga paralimpik yakin 
capai sasaran 40 pingat emas

Atlet paralimpik negara menjalani sesi latihan persiapan sukan
Atlet paralimpik negara menjalani sesi latihan persiapan sukan Para ASEAN di trek mini MSN di Kuala Lumpur,semalam. UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Pengurus skuad olahraga paralimpik negara, Zarrawi Ravi Abdullah akui sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan sebelum ini mampu dicapai selain percaya tidak mustahil dapat mengatasi angka tersebut dalam Para ASEAN 2017.

Zarrawi Ravi Abdullah
Zarrawi Ravi Abdullah

Pencapaian terbaik skuad olahraga paralimpik dalam temasya tersebut adalah meraih 38 pingat emas pada 2008 di Korat dan 2014 di Myanmar.

Kata Mohd. Zarrawi, skuad olahraga paralimpik negara akan menyertai 96 daripada 133 acara yang dipertandingkan sekali gus menguatkan keyakinan mampu mencapai sasaran ditetapkan.

“Saya yakin mampu mencapai sasaran tersebut kerana dalam penganjuran kali ini lebih banyak acara dipertandingkan berbanding di Singapura 2015.

“Sekiranya kami berjaya mencapai sasaran 40 pingat emas itu maka ia akan menjadi pencapaian terbaik buat negara dalam penyertaan Sukan Para ASEAN dalam masa sama kita juga mempunyai potensi untuk meraih lebih daripada itu,” katanya kepada pemberita sewaktu sesi latihan di trek mini Majlis Sukan Negara (MSN), di sini, hari ini.

Pada Sukan Para ASEAN 2015 di Singapura, skuad olahraga paralimpik negara membawa pulang 27 pingat emas, 18 pingat perak dan lapan pingat gangsa.

Dalam temasya di Singapura hanya 112 pingat emas sahaja dipertandingkan dan jumlah 27 pingat emas diraih itu membolehkan skuad olahraga paralimpik negara menamatkan saingan di tempat ketiga keseluruhan yang menyaksikan Thailand muncul pendahulu manakala Indonesia di tangga kedua.

Sementara itu, Zarrawi turut memberitahu pihaknya telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak insiden keracunan makanan yang menimpa 16 atlet negara sewaktu Sukan SEA Ke-29 daripada berulang kembali.

“Kami telah memastikan pemakanan kali ini dipantau sepenuhnya dengan baik kerana jika insiden tersebut berulang ia mampu mengganggu persiapan kami,” kata Zarrawi.

Jaguh lompat jauh T20 negara, Abdul Latif Romly adalah antara 16 atlet yang mengalami cirit-birit akibat keracunan makanan sewaktu temasya Sukan SEA Ke-29.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain