Pengurusan pasukannya, Sarah Aqilah Inggam berkata, pasukan bola jaring bawah 12 tahun sekolah itu menjadi juara selepas berjaya menewaskan pasukan dari SK Batu 38 pada perlawanan akhir.

Katanya, tempat ketiga pula dikongsi bersama pasukan dari SK Seri Utama dan SK Doktor Abdul Latiff.

“Usaha keras dan semangat juang tinggi para pemain di bawah bimbingan jurulatih Nurul Amira Alias dan Nur Ifthitah Ahmad telah mengembalikan kejuaraan kepada sekolah ini setelah lima tahun pulang dengan tangan kosong kecuali tahun lepas yang mana kita hanya menjadi naib johan,” katanya ketika ditemui di sini.

Tambah Sarah Aqilah, sebelum ini pasukan SK Seri Makmur pernah menjadi juara daerah selama empat tahun berturut-turut iaitu dari tahun 2009 hingga 2012.

“susulan daripada kejayaan ini, pasukan bola jaring SK Seri Makmur akan mewakili daerah Sabak Bernam pada Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri (MSSN) Selangor dalam kategori bawah 12 tahun yang akan berlangsung di Kuala Selangor pada Julai ini.

“Pasukan kami berazam dan bertekad memberikan cabaran dan prestasi terbaik pada peringkat negeri nanti,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE