Siti Rahmah yang juga atlet daripada Program Podium dan juara dunia 2012, 2015 dan 2016 adalah antara sandaran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dalam misi memburu tiga pingat emas Sukan Asia 2018.

Dalam aksi suku akhir tersebut Siti Rahmah tewas dengan skor 5-0 kepada Thi Cham Nhi.

Setiausaha Agung Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, dia tidak bimbang dengan keputusan tersebut, sebaliknya mengakui pesilatnya telah melakukan yang terbaik untuk kempen Sukan Asia 2018.

“Saya akui sedikit kecewa kerana tidak dapat melihat pesilat kesayangan saya beraksi di final terutama pula di pentas Sukan Asia,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi sandaran utama Pesaka, Al Jufferi Jamari yang juga juara dunia 2016 menepati ramalan melangkah ke saingan suku akhir Kelas E Putra pada hari ini.

Turut melangkah ke saingan suku akhir ialah Siti Shazwana Ajak dalam Kelas C Putri manakala Muhammad Robial Sobri paling awal mara ke separuh akhir Kelas I Putra.