Juara grand slam lima kali itu mendedahkan, dia sebenarnya agak terkejut bagaimana di memperoleh keberanian untuk meminta izin berlatih bersama pemain No. 2 dunia itu.

Kedua-duanya dilihat menjalani latihan bersama di gelanggang tanah liat di Foro Italico, Roma.

“Dua minit di gelanggang bersama [email protected] #BucketList, memang mendebarkan,” kata Sharapova menerusi Twitter.

Menceritakan tentang keberaniannya untuk meminta izin berlatih bersama Nadal, Sharapova berkata, dia memperoleh idea tersebut setelah melihat pemain Sepanyol itu berada di gelanggang sebelah.

“Saya nampak dia berlatih di gelanggang sebelah dan sangat dekat dengan saya.

“Alangkah menakjubkan jika dapat berjumpa dengan Rafa dan bertanya adakah dia sudi untuk memukul bola bersama saya,” katanya– AFP