Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sharapova layak beraksi di Wimbledon

MARIA SHARAPOVA membalas pukulan Christina McHale pada Terbuka Itali di Rome, semalam.  AFP
MARIA SHARAPOVA membalas pukulan Christina McHale pada Terbuka Itali di Rome, semalam. AFP

ROME 16 Mei – Juara 2004, Maria Sharapova bakal membuat kepulangan semula pada kejohanan Grand Slam Wimbledon tanpa memerlukan tiket wildcard (undangan) selepas memenangi perlawanan pertamanya dalam Terbuka Itali, hari ini.

Kemenangan 6-4, 6-2 ke atas pemain Amerika Syarikat, Christina McHale sudah memadai untuk meletakkan bintang kontroversi Rusia itu kembali ke kelompok 200 terbaik dalam ranking Persatuan Tenis Wanita (WTA), sekali gus memberi tiket untuk sekurang-kurangnya beraksi di pusingan kelayakan Wimbledon.

Sejak kembali daripada penggantungan 15 bulan akibat doping, Sharapova bergantung kepada ihsan penganjur untuk bertanding atas tiket wildcard, namun dia memanfaatkan sepenuhnya peluang tersebut dengan memberi aksi terbaik, termasuk mara ke separuh akhir Terbuka Stuttgart (April) dan pusingan kedua Terbuka Madrid, minggu lalu.

“Saya layak beraksi?. Saya tidak tahu bagaimana ranking kelayakan Wimbledon dilakukan.

“Mungkin anda mengandaikan saya tahu (layak ke Wimbledon). Sejujurnya, saya tidak tahu apa-apa,” kata Sharapova. – AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain