Sharapova kembali beraksi selepas menamatkan penggantungan akibat kesalahan doping dan berjaya ke separuh akhir Terbuka Stuttgart tetapi tidak meraih mata yang cukup untuk beraksi di Roland Garros dan berharap kepada wildcard untuk beraksi di pusingan kelayakan.

Persatuan Tenis Perancis akan mengumumkan keputusan itu pada 16 Mei.

Murray bagaimanapun memberitahu, dia menjangkakan juara Grand Slam lima kali itu akan beraksi di gelanggang rumput di London.

“Saya fikir peluang untuk Wimbledon memberikannya peluang (wildcard) untuk ke aksi kelayakan.

“Kita perlu tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku kerana mungkin dia akan layak ke pusingan utama selepas aksi di Madrid atau Rom, jadi peluang untuk dia beraksi secara sah itu ada,” katanya di Queen’s Club, London, hari ini.

Pemain kelahiran Rusia itu akan layak ke pusingan utama Wimbledon sekiranya berjaya ke separuh akhir Terbuka Madrid atau Terbuka Rom. – REUTERS