Serena yang kembali beraksi selepas berehat panjang selama setahun kerana melahirkan bayi, terpaksa bekerja keras terlebih dahulu sebelum menewaskan pemain pilihan ke-29 dari Belanda itu.

“Dia bermula dengan baik. Saya hanya fikir saya perlu meneruskan cabaran dan buat yang terbaik. Saya gembira kerana berjaya melepasinya. Selebih­nya saya anggap sebagai bonus.

Venus mara ke pusingan ketiga selepas menewaskan pemain dari Romania, Sorana Cirstea 6-3, 6-4.

Pertemuan itu merupakan pertembungan paling awal bagi kedua-dua adik-beradik tersebut dalam kejohanan profesional selepas bertemu dalam pusingan kedua Terbuka Australia pada 1998. – REUTERS