Masih segar dengan kejayaan memenangi Indian Wells, Naomi yang kini berada dikedudukan ranking ke-22 dunia tidak berdepan masalah untuk menundukkan juara 23 kali grand slam berusia 36 tahun.

Ia adalah pertemuan pertama bintang Jepun berusia 20 tahun itu dengan Serena.

Kemenangan itu menyaksikan Naomi bakal bertemu pemain No.4 dunia, Elina Svitolina dari Ukraine pada pusingan seterusnya.

“Saya amat berdebar-debar ketika turun ke gelanggang. Mungkin umum tidak mengetahui bahawa Serena adalah pemain kegemaran saya.

“Jadi dapat menentangnya adalah impian bagi saya. Saya gembira dapat bermain dengannya dan ia lebih baik kerana dapat memenanginya,” katanya. -AFP