Dalam perlawanan yang berlangsung di Ranau Hall, Bandar Sukan Jakabaring itu, regu negara hampir dikejutkan oleh pihak lawan yang memberi saingan sengit, sebelum mencatat kemenangan itu.

Kemenangan ini sekali gus melayakkan pasukan negara ke peringkat separuh akhir walaupun berbaki satu lagi perlawanan menentang China esok.

Malaysia yang diletakkan di dalam kumpulan B, telah meraih dua kemenangan ke atas India dan Nepal sebelum ini. - BERNAMA