Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sepak Takraw KFC-Utusan dijangka tarik 300 penyertaan

Adnan Md. Ikshan (enam dari kiri), Mohd. Noordin Abbas (lima dari kiri), Aziz Ishak (empat dari kiri
Adnan Md. Ikshan (enam dari kiri), Mohd. Noordin Abbas (lima dari kiri), Aziz Ishak (empat dari kiri), Ahmad Taufek Omar (lima dari kanan) dan Othman Mohamad (empat dari kanan) bergambar bersama wakil-wakil syarikat penaja dalam majlis pelancaran Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2015 di Alamanda, Putrajaya, semalam. – UTUSAN/ROY AZIS ABD. AZIZ

PUTRAJAYA 13 Sept. - Edisi keenam Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan tahun ini dijangka mampu mencecah 300 penyertaan, sekali gus mengatasi jumlah 230 peserta yang dicatat tahun lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Datuk Mohd. Noordin Abbas berkata, pencapaian yang amat mengga­lakkan itu sekali gus membolehkan kejohanan tersebut memenuhi matlamatnya iaitu menarik lebih ramai golongan muda untuk me­nyertai sukan tradisional itu.

Dalam edisi kali ini, peringkat awal kejohanan akan diadakan di Kompleks Sukan Negeri Paroi, Ne­geri Sembilan pada 1 hingga 3 Oktober, manakala saingan akhir berlangsung pada 4 Oktober di Palm Mall Seremban.

Kata Mohd. Noordin, kejayaan pasukan sepak takraw negara menewaskan Thailand dalam Kejohanan Sepak Takraw Series Istaf di Melaka pada Februari lalu bakal menjadi inspirasi dan daya penarik untuk peminat sukan tersebut menyertai kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2015.

“Kami sebagai penganjur kini semakin teruja tambahan pula apabila pasukan sepak takraw negara berjaya menewaskan musuh tradisi Thailand sewaktu aksi Istaf pada Februari lalu, malah saya dapat rasakan kali keenam penganjuran ini pasti lebih meriah apabila mendapat sokongan penaja yang bertambah.

“Jumlah penyertaan ketika ini adalah 140 orang namun masih ada baki dua minggu lagi sebelum penyertaan ditutup dan saya percaya jumlah penyertaan akan bertambah lebih banyak ketika saat akhir seperti kebiasaan,” katanya selepas majlis pelancaran Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2015 di Alamanda, Putrajaya, sini, hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md. Ikshan.

Turut hadir, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad dan Ketua Pegawai Pemasaran Digital & Teknologi Maklumat KFC Malaysia, Ahmad Taufek Omar.

Kejohanan kali ini terbahagi kepada empat kategori iaitu Kategori Lelaki Terbuka Utusan/IPTA/IPTS, Lelaki Bawah 16 Tahun (Belia Utusan), Lelaki Bawah 14 Tahun (Remaja Utusan) dan Lelaki Bawah 12 Tahun (Utusan Muda).

Saingan Kejohanan Sepak Takraw KFC Utusan menawarkan hadiah lumayan buat pemenang dengan juara Kategori Terbuka Utusan menerima RM15,000, juara Belia Utusan RM6,000, juara Remaja Utusan RM5,000 dan juara Utusan Muda RM3,000.

Sementara itu, Mohd. Noordin berkata, Utusan Malaysia akan terus menyokong pembangunan sepak takraw negara dalam usaha memartabatkan sukan tersebut.

“Diharap semua pihak dapat menilai sendiri kesungguhan Utusan Malaysia dalam meningkatkan sukan sepak takraw kerana kami mahu menggalakkan lebih ramai terlibat dalam sukan ini,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain