Mat melihat, peruntukan yang disediakan menerusi belanjawan kali ini sa­ngat kecil jika dibandingkan sebelum-sebelum ini.

Ia mengambil kira beberapa perkara termasuk program latihan persediaan ke Sukan SEA 2019 dan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan kebanyakan acara akan mula menjalani sesi kelayakan bermula tahun hadapan.

Mat Sport
 

Peruntukan yang disediakan itu menjadi perdebatan hangat dengan MOM mahukan penjelasan daripada MSN mengenai sistem agihan yang akan digunakan sedangkan perlu MSN meneliti rangka program terlebih dahulu sebelum dana diberikan.

Mat melihat situasi ini hanya akan memberi kesan buruk kepada atlet kerana mereka adalah individu yang akan berjuang membawa nama negara di pentas sukan utama dan tanpa perancangan khusus, masa depan mereka akan menjadi tidak menentu terutama menjelang temasya besar.

Secara peribadinya, Mat merasakan apa yang disua­rakan Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail itu ada kebenarannya kerana hanya menerusi pe­rancangan program khusus, dana yang sewajarnya akan diberikan bagi memboleh­kan setiap program dilaksanakan.

Bagaimanapun, ada de­sas-desus mengatakan, ma­sih ada pihak persatuan yang tidak memiliki sebarang rangka program latihan untuk tahun hadapan sedangkan 2018 sudah sampai ke penghujungnya.

Ini juga perlu diberikan perhatian serius kerana 2019 adalah tahun penting buat Malaysia kerana sesi kelayakan Olim­pik akan bermula tahun hadapan.

Macam mana kita mahu menyertai sesi kelayakan Sukan Olimpik, jika perancangan program pun masih belum ada?

Persatuan mahu tahu jumlah peruntukan tetapi perancangan teliti tiada. Susahlah MSN nak agihkan dana.

Mat rasa lebih baik persatuan siapkan rangka program dahulu, lepas itu boleh cerita pasal dana. Bukan apa, bimbang kalau dana diberikan, program­nya tidak ada.

Lebih baik siapkan rangka program dan kemudian sesuaikan dengan dana.

Akhir kata, Mat berdoa, semuanya berjalan baik buat sukan negara pada 2019.