Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SecretLeaf jamin selesaikan hutang Kafa

Kafa
PENGERUSI Kumpulan SecretLeaf, Amir Ramadzan (kiri) beramah mesra bersama media di sini hari ini.

KOTA BHARU 21 Ogos - Pengerusi Kumpulan SecretLeaf, Amir Ramadzan memberi jaminan akan menyelesaikan segala masalah berkaitan isu kewangan sekiranya dilantik menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Amir memberitahu, segala masalah kewangan   termasuk dana untuk memulakan musim hadapan serta hutang yang tertunggak sudah ada dalam perkiraannya.

"Sekiranya terpilih menerajui Kafa, kita akan memulakan musim hadapan tanpa ada masalah kewangan. Jumlah dana untuk memulakan musim baharu dan hutang tertunggak semuanya sudah ada dalam perkiraan saya.

"Kita mahu penyokong berbangga dengan pasukan The Red Warriors (TRW) seperti sebelum ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amir berkata, beliau mengharapkan kerjasama dari semua pihak yang terlibat tanpa meletakkan sebarang syarat jika hasratnya itu tercapai.

"Saya hanya mahu kerjasama dari semua pihak termasuk pengurusan, penaja, pemain dan penyokong," katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain