Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sean Yee pecah rekod kebangsaan

YAP SEAN YEE memecahkan rekod sendiri dalam acara lompat tinggi selepas melepasi ketinggian 1.81m di
YAP SEAN YEE memecahkan rekod sendiri dalam acara lompat tinggi selepas melepasi ketinggian 1.81m di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR 19 Mac – Ratu lompat tinggi negara Yap Sean Yee mendapat suntikan semangat menjelang Sukan SEA apabila mencipta rekod baharu kebangsaan dengan catatan 1.81 meter (m) dalam Kejohanan Lompatan, Balingan dan Jarak Sederhana Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan hari ini.

Sean Yee memperbaharui catatan itu di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) Setiawangsa dengan memadam rekod lama miliknya 1.79m yang dilakukan pada 2016.

Ketua jurulatih olahraga negara Zainal Abas berkata keputusan 1.81m itu membolehkan atlet tersebut melepasi had kelayakan ke Sukan SEA 2017.

“Catatan 1.81m adalah bagi tempat ketiga dalam Sukan SEA 2015 dan dia kini berjaya melepasi kelayakan yang ditetapkan.

“Keputusan rasmi telah dikeluarkan dan dia kini telah berjaya memperbaharui rekod kebangsaan lompat tinggi wanita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sean Yee yang mewakili Kuala Lumpur berjaya melepasi ketinggian 1.81m pada percubaan keduanya setelah melepasi 1.80m menerusi lompatan pertama.

Dia cuba memperbaharui rekod itu dengan mencuba ke­tinggian 1.82m menerusi percubaan ketiga namun gagal.

Catatan 1.81m itu memboleh­kan Sean Yee muncul pemenang pingat emas, menewaskan dua wakil Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Shahira Sazali yang meraih pingat perak dengan catatan 1.60m manakala M. Nanthini yang melakukan 1.45m menduduki tempat ketiga.

Sean Yee, yang merupakan atlet pelapis negara, memberitahu memang menjadi sasarannya untuk memadamkan rekod miliknya sekitar bulan Mac dan April tahun ini, selain mela­yakkan diri ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Kejohanan terakhir saya sertai adalah Masum (Majlis Sukan Universiti Malaysia) pada Oktober 2016. Ketika itu saya buat lima langkah larian dan keputusannya 1.70m.

“Bagi saya tiada rahsia. Cuma saya giat berlatih dengan hati yang ikhlas. Jadi keputusan hari ini melayakkan saya ke Sukan SEA 2017 menerusi catatan 1.81m. Catatan yang sama ketika Sukan SEA 2015 di Singapura bagi pingat gangsa (dimenangi wakil tuan rumah, Michelle Sng Suat Li).

“Sebelum Sukan SEA nanti, ada satu lagi kejohanan besar iaitu Sukan Perpaduan Islam di Baku, Azerbaijan (pada Mei),” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain