Bagi jaguh dunia berusia 47 tahun itu, mengakui amat berpuas hati dengan pencapaiannya selepas bekerja keras untuk mempertahankan kejuaraan berganda.

Lebih manis katanya, kejayaan tersebut adalah untuk mengangkat nama Malaysia ke persada antarabangsa menerusi sukan bina badan.

“Saya sangat gembira sebab dapat gelaran kali ke-10. Kejayaan ini adalah untuk Malaysia!,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Kejayaan Sazali dalam kejuaraan Mr. Universe sebelum ini ialah di Melaka pada tahun 2000; Moscow, Rusia (2004); Ostrava, Republik Czech (2006); Jeju, Korea Selatan (2007); Dubai (2009); Varanasi, India (2010); Melaka (2011), Bangkok, Thailand (2012) dan Budaors, Hungary (2013).

Kem jaguh bina badan negara membawa pulang empat pingat setelah kemenangan Sazali diiringi oleh kejayaan rakannya Buda Anchah muncul naib johan kategori Master 80kg, antara 40 hingga 49 tahun manakala Syarul Azman Mahen Abdullah menduduki tempat ketiga kategori athletic physique 170 sentimeter.

Peserta wanita negara, Lilian Tan pula menjadi antara orang terakhir memenangi pingat dalam kejohanan ini setelah merangkul kejuaraan kedua dalam kategori 55kg. Acara wanita tidak akan dipertandingkan lagi di peringkat dunia selepas ini.