Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar ketika mengesahkannya berkata, apa jua keputusan ujian sampel B itu, ia akan dimaklumkan terus kepada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) yang mana beliau juga adalah presidennya.

“SEAGF akan mengetahui keputusan hasil daripada ujian sampel B itu dalam masa tiga hari daripada tarikh ia diuji. Bagaimanapun sebarang hukuman yang akan dikenakan ke atas atlet terjun terbabit bergantung sepenuhnya kepada Persatuan Renang Malaysia (ASUM) untuk menentukannya,” kata Tunku Imran selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM di sini hari ini.

Jika sabit kesalahan, atlet ber­kenaan berdepan hukuman penggantungan selama dua tahun, berbanding empat tahun sebelum ini memandangkan bahan terlarang yang digunakan jenis sibutramine dikategorikan sebagai kesalahan bukan serius.

Penerjun berkenaan juga masih boleh membuat rayuan penggantungan kurang daripada dua tahun tetapi perlu mengemukakan bukti bagaimana badan terlarang itu boleh berada di dalam badannya. - UTUSAN ONLINE