Salleh Said yang diiringi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah tiba kira-kira pukul empat petang menyaksikan pertarungan akhir kategori terbuka antara Putera Darat F dan Gastep B.

Selain kategori Terbuka, turut dipertandingkan adalah kategori Bawah 12 yang dijuarai oleh pasukan PLN B, Bawah 14 oleh SSN Melaka B, Bawah 16 oleh SSMT A, Bakat Baru oleh ISTC manakala kategori Veteran dijuarai oleh Suka-Suka C.

Pertandingan akhir berlangsung semalam dan hari ini. Salleh dijangka akan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. - UTUSAN ONLINE