Kemenangan 6-3, 6-3 di suku akhir itu membolehkan pemain berusia 28 tahun itu yang kini menduduki ranking ke-87 dunia meneruskan kisah dongengnya di kejohanan Grand Slam ketiga tahun ini.

Muncul sebagai pemain pertama negaranya yang berjaya mara ke separuh akhir Wimbledon, Rybarikova akan menentang bekas juara Terbuka Perancis, Garbine Muguruza manakala satu lagi aksi menyaksikan pertemuan pemain kesayangan tuan rumah, Johanna Konta dan pemain paling tua di kejohanan ini dari AS, Venus Williams. - AFP

Terdahulu Muguruza dari Sepanyol menewaskan pemain Rusia, Svetlana Kuznetsova 6-3, 6-4 manakala Venus menewaskan juara Terbuka Perancis tahun ini, Jelena Ostapenko dari Latvia, 6-3, 7-5 diikuti Konta menewaskan pemain Romania, Simona Halep 6-7, 7-6, 6-4. - AFP