Ryan Tan,18, menamatkan perlumbaan lasak itu dalam masa dua jam, empat minit dan 20 saat, 14:37s di belakang pemenang Jumpei Furuya dari Japan, yang menyudahkan perlumbaan 1:49:43s.


Ryan Tan menamatkan cabaran berenang 1.5 km yang bermula pada 7.30 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia) dalam cuaca sejuk 22 darjah Celsius di tasik JSC dalam masa 21:35s, diikuti 40km berbasikal dalam masa 1:01:52s and berlari sejauh 10 km dalam masa 39:59s ketika matahari telah mula memanaskan bitumen jalan.


Sementara itu rakan senegara Aldrian menamatkan perlumbaan dalam masa keseluruhan 2:05:31s, selepas mengambil masa 21:35s, 1:01:52s and 39:59s masing-masing untuk berenang, berbasikal dan berlari.


Ayan Beisenbayev dari Kazakhstan (1:50:38s) dan Mingxu Li (1:50:49s) dari China masing-masing meraih perak dan gangsa dalam perlumbaan yang disertai 34 peserta.


"Saya berluas hati dengan keputusan itu tetapi seharusnya lebih baik kerana sasaran peribadi saya untuk menyudahkan dalam kedudukan 20 ke atas. Secara keseluruhan saya melakukan beberapa kesilapan ketika bersikal dan hampir terbabas kerana keadaan jalan yang tidak rata, jadi saya sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan daripada terbabas," kata Ryan kepada Bernama selepas acara itu.


Rakan sepasukan Aldrian berkata pada mulanya beliau merasa cuaca yang baik akan menyebelahinya untuk memperoleh keputusan lebih baik, namun malangnya beliau ketinggalan jauh ketika segmen berbasikal. 


"Saya bernasib baik dapat bersama kumpulan lain ketika berenang, tetapi ketika berbasikal salah seorang penunggang dalam pek telah terputus, jadi kesemua dalam kumpulan terputus juga. Ini menyebabkan kami ketinggalan empat minit ketika kayuhan kumpulan di hadapan kami lebih laju," katanya. 


Ryan Tan dan Aldrian akan bergabung dengan rakan sepasukan pasukan wanita Irene Chong See Win dan Teoh Sue Ling dalam dalam acara relay berpasukan yang lebih pantas dengan jarak lebih pendek esok.


Dalam acara itu setiap peserta dalam pasukan perlu menghabiskan segmen berenang sejauh 300 meter, berbasikal sejauh 6.3 km dan berlari sejauh 2.1 km sebelum menukar dengan rakan sepasukan.-- BERNAMA