Penembak berusia 16 tahun itu berjaya meraih 240.7 mata dalam acara 10m pistol angin, mengalahkan penembak Jepun, Tomoyuki Matsuda (239.7) dan seorang lagi penembak India, Abishek Verma (219.3) yang meraih gangsa.

Kemenangan Saurabh merupakan pingat emas pertama buat India dari acara menembak. Terdahulu, dua lagi penembak India, Deepak Kumar dan Lakshay Lakshay meraih pingat perak dari acara 10m raifal angin dan trap lelaki.

Kejayaan Saurabh turut mendapat pujian netizen, termasuk legenda kriket, Virender Sehwag.

"Apa yang kamu buat sewaktu berumur 16 tahun? (Bagi) Saurabh Chaudry, dia memecahkan rekod," kata Virender di akaun Twitter miliknya, hari ini. - AFP