Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) tidak terkecuali menjadi pilihan peminat sukan wusyu apabila ada segelintir penonton hampa kerana tidak dapat memasuki venue acara itu kerana telah penuh.

Venue yang menyediakan 400 tempat duduk percuma dipenuhi peminat sukan itu menyebabkan 300 lagi kecewa kerana tidak dapat memasukinya.

Boleh dikatakan #bangkitbersama bukan sahaja dirasai atlet Malaysia malah dikongsi bersama rakyat yang memberi sokongan kepada pasukan negara.