Berangkat sama mengiringi baginda ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Presiden Kelab KGP Perlis.

Hadir sama, Pengurus Besar Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM), Nik Mustapha Nik Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Gateway Global Marketing, Fahmy Mubarak.

Kejohanan yang bermula pada 17 Januari berakhir hari ini itu diungguli oleh Sukree Othman bagi kategori lelaki sekali gus melayakkan dia membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM34,000.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Kim Leun Kwang yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM22,600 dan tempat ketiga disandang oleh Arie Irawan.

Bagi kategori wanita, tempat pertama dimenangi oleh Nur Duriyyah Damian, kedua, Ainil Johani Bakar dan Dianne Luke berpuas hati di tempat ketiga.

Ketiga-ketiga pemenang itu masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM11,000, RM8,000 dan RM5,000.

Kejohanan tersebut dianjurkan oleh PGM dengan kerjasama KGP Perlis dengan membabitkan seramai 74 pemain profesional dari seluruh negara.- UTUSAN ONLINE