Baginda yang merupakan Penaung Diraja Persa­tuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs) berada di Thailand sempena majlis penerimaan bendera tuan rumah bagi penganjuran WCWC yang akan diadakan di Perlis pada 24 hingga 30 Julai 2020.

Turut hadir, Presiden International Woodball Fede­ration (IWF) Weng Ming Hui dan Presiden Asia Woodball Federation (AWF) Kok Cheng Kar.

Terdahulu baginda menerima menghadap Datuk Bandar Boeun-gun dari Korea Selatan, En Jung Sang-hyuck bagi mempersembahkan hasrat untuk mengundang baginda ke majlis perasmian Kejohanan Woodball Asia 2019 yang akan berlangsung Jun tahun hadapan.

Sementara itu Presiden PWNPs, Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Husin ketika ditemui pemberita berkata pelancaran logo itu adalah sebahagian daripada persediaan Perlis untuk kejohanan dwitahunan yang masuk siri kesembilan itu.

Katanya, Tuanku Syed Faizuddin juga turut ber­kenan melancarkan logo cenderamata sempena WCWC yang menampilkan pelbagai barangan bercirikan warna bendera Perlis. – BERNAMA