Dalam saingan akhir tersebut Muhammad Rafiq, 21 tahun mempamerkan aksi cemerlang selepas berupaya menewaskan pemenang pingat emas 2014, Dan MacLelland dari Kanada dengan keputusan 217-204.

Ini juga adalah kali kedua Malaysia meraih pingat emas dalam kejohanan berprestij tersebut selepas memperolehnya menerusi trio J.B Koo, Allan Hooi dan Edward Lim pada 1979 di Manila. - UTUSAN ONLINE