Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pungutan pingat Sukan SEA 2017 (5pm)

AKSI pemain Malaysia Norashikin Kamal Zaman membuat jaringan sambil cuba dihalang pemain Brunei, Nur
AKSI pemain Malaysia Norashikin Kamal Zaman membuat jaringan sambil cuba dihalang pemain Brunei, Nur Syuhaidah Fahriyana Sukri ketika perlawanan separuh akhir Bola Jaring Malaysia menentang Brunei pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini, hari ini. - UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Berikut pungutan pingat Sukan SEA 2017 setakat pukul 5 petang ini.

Pasukan kebangsaan menambah satu lagi pungutan pingat perak melalui pasangan renang berirama, Gan Hua Wei dan Lee Yhing Huey dalam acara duet rutin teknikal di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil petang ini.

Pagi tadi, pasukan kebangsaan menambah tiga emas melalui acara berenang dan memanah.

Di Kompleks Sukan Air Presint 6, Putrajaya, perenang negara, Kevin Yeap Soon Choy dan Heidi Gan menyumbang pingat emas masing-masing dalam acara renang terbuka 10 kilometer (km) kategori lelaki serta wanita, diikuti pasukan memanah negara yang beraksi di padang sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil dalam acara compound berpasukan campuran yang dianggotai oleh Mohd. Juwaidi Mazuki dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh. - UTUSAN ONLINE
 

 

EMAS

PERAK

GANGSA

JUMLAH

MALAYSIA 7 4 3 14
SINGAPURA 2 2 3 7
MYANMAR 2 1 0 3
INDONESIA 2 0 3 5
THAILAND 1 3 0 4
VIETNAM 0 2 1 3
FILIPINA 0 1 2 3
LAOS 0 1 1 2
BRUNEI 0 0 2 2
KEMBOJA 0 0 2 2
TIMOR LESTE 0 0 0 0

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain