Di Velodrom Nasional, Nilai, atlet berbasikal trek terbukti cemerlang dengan menyapu bersih kesemua pingat emas yang dipertandingkan.

Semalam, sebanyak tujuh pingat emas diraih, dan hari ini, kecemerlangan diteruskan dengan lima lagi pingat emas bagi menjadikan jumlah keseluruhan emas dari acara trek sebanyak 12.

Sementara itu, acara olahraga di Stadium Nasional Bukit Jalil turut menyumbang kepada pungutan emas negara, dengan kilauan emas hadir menerusi enam acara.

Pemenang pingat emas hari ini:

  • 3,000 meter berbasikal kejar mengejar wanita (cacat penglihatan) - Nur Azlia Syafinaz Mohd. Zais
  • 4,000 meter berbasikal kejar mengejar lelaki (cacat penglihatan) - Muhammad Amin Najmi Romzi
  • 3km berbasikal kejar mengejar campuran C1, C2, C3 (kecacatan anggota) - Shukor Farhan Suliman
  • 4km berbasikal kejar mengejar C4 (cacat anggota bukan kudung kaki) - Mohd. Najib Turano
  • 4km berbasikal kejar mengejar C5 (cacat anggota lain) - Zuhairie Ahmad Tarmizii
  • 100 meter T37 (cerebral palsy) - Eddy Bernard
  • 100 meter lelaki T12 (masalah penglihatan) - Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah
  • 800 meter T20 (masalah pembelajaran) - Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin
  • Merejam lembing F56 (kecacatan anggota) - Faridul Masri
  • Lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) - Siti Noor Radiah Ismail
  • Lempar cakera wanita F12 (cacat penglihatan) - Hemala Devi

Berikut pungutan pingat Sukan Para ASEAN 2017 setakat pukul 9 malam ini:

              

EMAS

            
            

PERAK

            
            

GANGSA

            
            

JUMLAH

            
INDONESIA 22 9 12 43
MALAYSIA 18 16 8 42
THAILAND 8 13 14 35
VIETNAM 8 9 6 23
MYANMAR 2 1 3 6
SINGAPURA 1 4 6 11
FILIPINA 1 3 2 6
LAOS 0 2 2 4
KEMBOJA 0 2 1 3
BRUNEI 0 1 1 2
TIMOR LESTE 0 0 1 1
 
       

sumber: KL2017