Malaysia berjaya memperbaiki pencapaian keseluruhan pada Sukan Komanwel 2018 apabila meraih tujuh emas, lima perak dan 12 gangsa sebelum temasya itu melabuhkan tirainya, di Gold Coast, Australia, hari ini.

Pungutan pingat itu lebih baik sedikit berbanding temasya di Glasgow, Scotland empat tahun lalu yang hanya meraih enam emas, tujuh perak dan enam gangsa.

Namun begitu pencapaian tahun ini hanya muncul yang kelima terbaik sejak Malaysia menjadi tuan rumah pada 1998. Pungutan terbaik yang pernah Malaysia catat ialah pada 2010 di New Delhi, India iaitu dengan 12 emas, 10 perak dan 14 gangsa. - UTUSAN ONLINE

 

KEDUDUKAN NEGARA EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
1 AUSTRALIA 80 59 59 198
2 ENGLAND 45 45 46 136
3 KANADA 15 40 27 82
4 INDIA 26 20 20 66
5 NEW ZEALAND 15 16 15 46
6 SCOTLAND 9 13 22 44
7 WALES 10 12 14 36
8 AFRIKA SELATAN 13 11 13 37
9 NIGERIA 9 9 6 24
10 CYPRUS 8 1 5 14
** ** ** ** ** **
12 MALAYSIA 7 5 12 24
           
* kedudukan kutipan 10 teratas, termasuk Malaysia
** setakat pukul 4.00pm (waktu Malaysia)
Sumber: results.gc2018.com