Masih ada harapan buat skuad negara untuk meraih pingat emas Sukan Komanwel 2018 yang akan menutup tirainya di Gold Coast, Australia, esok.

Tanggung jawab itu akan digalas Datuk Lee Chong Wei dan gandingan beregu wanita negara, Vivian Hoo/Chow Mei Kuan yang berjaya melepasi halangan separuh akhir, di Arena Sukan Carrara, siang tadi.

Namun, dua lagi pasangan beregu, Goh V Shem/Tan Wee Kiong dan beregu campuran, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying terpaksa berpuas hati dengan masing-masing hanya meraih gangsa setelah terkandas di separuh akhir. - UTUSAN ONLINE

 

KEDUDUKAN NEGARA EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
1 AUSTRALIA 74 55 57 186
2 ENGLAND 42 40 41 123
3 INDIA 25 16 18 59
4 KANADA 15 39 27 81
5 AFRIKA SELATAN 13 11 13 37
6 NEW ZEALAND 12 15 14 41
7 WALES 10 12 14 36
8 SCOTLAND 9 13 21 43
9 NIGERIA 9 8 6 23
10 CYPRUS 8 1 5 14
** ** ** ** ** **
12 MALAYSIA 5 5 12 22
           
* kedudukan kutipan 10 teratas, termasuk Malaysia
** setakat pukul 8.30pm (waktu Malaysia)
Sumber: results.gc2018.com