Atlet termuda negara, Muhammad Fauzi Kaman Shah menghadiahkan sebutir pingat emas buat negara ketika Malaysia menyambut Hari Kebangsaan, hari ini.

Muhammad Fauzi, 16, meraih kemenangan tersebut menerusi acara pelayaran Laser Open 4.7 di Pusat Pelayaran Antarabangsa Indonesia di Ancol.

Secara keseluruhannya, pelayaran menghadiahkan satu pingat emas, satu pingat perak dan dua gangsa dalam edisi temasya tahun ini. - UTUSAN ONLINE

Pungutan