Kayuhan bertenaga Azizulhasni Awang dalam acara pecut individu hari ini berjaya menghadiahkan pingat emas kelima buat kem negara yang mengambil bahagian dalam Sukan Asia 2018.

Dalam perlumbaan pusingan akhir di Velodrome Antarabangsa Jakarta, Azizulhasni berjaya menewaskan pelumba Jepun, Fukaya Tomohiro.

Sementara itu, di Padang Hoki Gelora Bung Karno, pasukan negara berjaya melakar kejutan ke atas juara bertahan India apabila berjaya meraih kemenangan 7-6 menerusi penentuan penalti.

Permainan masa sebenar terikat 2-2.

Dalam perlawanan akhir Sabtu ini, pasukan negara akan menentang pasukan Jepun yang berjaya mengalahkan Pakistan 1-0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE