Atlet negara berjaya menambah sebutir pingat perak hari ini, menerusi acara boling berpasukan wanita di Pusat Boling, Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang.

Pasukan yang dianggotai oleh Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Cheah Mei Lan, Natasha Mohamed Roslan, Sin Li Jane dan Shalin Zulkifli menamatkan persaingan di tempat kedua selepas mengumpul 8,149 jatuhan pin.

Pingat emas dimenangi oleh pasukan Korea Selatan yang membuat 8,338 jatuhan pin manakala pingat gangsa diraih Taiwan dengan 7,969 jatuhan pin.

Sementara itu, hasrat skuad bola sepak bawah 23 (B-23) negara untuk melangkah lebih jauh tersekat di pusingan kalah mati apabila tewas 0-1 kepada Jepun, sebentar tadi.

Jaringan penalti Ayase Ueda pada penghujung perlawanan sudah cukup untuk menewaskan pasukan negara dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Patriot Chandrabhaga, Jakarta sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

Pungutan pingat
* kutipan pingat setakat pukul 11 malam (waktu Malaysia)