Atlet negara berjaya menepati sasaran yang diletakkan di atas bahu mereka apabila berjaya merangkul pingat emas ketujuh Sukan Asia menerusi sukan skuasy, hari ini.

Pasukan lelaki yang dianggotai oleh Ivan Yuen, Nafiizwan Adnan dan Ng Ean Yow berjaya menewaskan Hong Kong 2-1 untuk menamatkan penantian selama lapan tahun dalam acara ini.

Sementara itu, pasukan hoki negara berjaya meraih pingat perak apabila tewas kepada Jepun 1-3 dalam penentuan pukulan penalti, sebentar tadi. Masa sebenar perlawanan berkesudahan 6-6. - UTUSAN ONLINE

Pungutan pingat