Katanya, acara ciptaan musuh tradisi Thailand itu tidak perlu dipertandingkan kerana lebih berupa riadah, subjektif dan kurang berdaya saing, walaupun, pemain perlu memiliki kemahiran tertentu dalam mengawal bola serta meraih mata.

AHMAD ISMAIL
AHMAD ISMAIL 

“Gelung ini lebih berbentuk riadah dan subjektif walaupun memang perlukan kemahiran. Lebih baik dipertandingkan acara macam kuadran,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Negara (MSN)-PSM di sini, hari ini.

Ahmad turut membayangkan kemungkinan berlakunya pengurangan acara sepak takraw daripada enam yang telah ditetapkan jawatankuasa penganjur tuan rumah iaitu regu berpasukan, antara regu, beregu dan gelung lelaki, selain antara regu serta gelung wa­nita. “Subic (ve­nue sepak takraw) turut akan digunakan karate jadi jumlah hari perlawanan sepak takraw di situ akan dikurangkan, begitu juga acaranya,” ujarnya.

Menurut beliau, Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf), Abdul Halim Kader akan bertemu dengannya, hujung minggu ini, bagi membincangkan acara sepak takraw dalam Sukan SEA.

Gelung yang diperkenalkan dalam Sukan SEA Filipina 2005 tetapi menyepi selepas 2007, dimainkan lima pemain secara mengelilingi gelanggang dan mereka perlu menyepak atau menanduk bola ke dalam gelung yang digantung setinggi 4.75 meter.