PROGRAM PODIUM
 

Ketua program tersebut, Dr. P. Vellapandian memberitahu, penilaian semula ini perlu dilakukan terutama selepas beberapa sukan gagal mencapai sasaran pingat emas di Sukan Asia 2018.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa jumlah atlet yang bernaung dibawah program tersebut akan dikurangkan dari jumlah kini.

"Selepas Sukan Asia, kami akan membuat penilaian semula mengenai atlet Program Podium yang melibatkan seramai 148 orang dan jumlah penyertaan mereka ini mungkin akan dikurangkan berdasarkan kepada prestasi semasa mereka termasuk di Sukan Komanwel dan Sukan Asia," kata Vellapandian dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE