Dalam perlawanan akhir polo ekuestrian Sukan SEA Ke-29 hari ini, skuad negara yang diketuai Shaik Reismann Mohamed Ismail berjaya menewaskan Thailand 9-8 sekaligus mengulangi sejarah sepuluh tahun lalu.

Dalam aksi yang berlangsung di Taman Ekuestrian di sini itu, skuad polo negara berjaya menguasai keempat-empat chukka dan Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman muncul wira apabila menjaringkan enam gol.

Tiga lagi gol Malaysia dijaringkan Mohd. Zulhelmie Nadzar (dua gol) dan Shaik Reismann (satu gol), seorang lagi pemain negara yang beraksi hari ini ialah Abdul Rashid Hasnan.

Bagaimanapun, Khairy tidak beraksi dalam perlawanan akhir tersebut. - UTUSAN ONLINE