“Tahniah @Pandelela_R @bi­­­tahsabri127 yang berjaya me­rangkul pingat perak di Windsor! #DWS2017 #kebanggaanku #Negaraku #KamiTeamMalaysia,” kata Perdana Menteri dalam catatan di akaun Twitternya hari ini.

Pandelela dan Nur Dhabitah memenangi pingat perak menerusi acara 10 meter platform seirama wanita.

Mereka memperoleh sebanyak 298.80 mata, ketinggalan 37.86 mata di belakang gandingan dari China, Ren Qian-Si Yajie yang mendominasi kelima-kelima terjunan dari awal dengan 336.66 mata untuk pingat emas.

Tonia Couch-Lois Toulson dari Britain pula memenangi pingat gangsa dengan mengumpul sebanyak 298.62 mata.