Terkenal sebagai perenang gaya bebas, atlet Wilayah Persekutuan (WP) itu membuktikan kemampuannya beraksi dalam pelbagai gaya apabila mencatat kepantasan 2 minit, 04.77 saat untuk memadam rekod kebangsaan miliknya sendiri 2:04:89 pada Jemputan Universiti di Ohio, Amerika Syarikat, November lalu.

Ching Hwang, 20, mengetepikan perenang Selangor, Jordan Yip Zhu Ern yang mencatat 2:08.91s, manakala gangsa milik perenang Sabah, Eric Tan Chee Yung (2:11.38s).

Selain rekod kebangsaan, Ching Hwang dia turut memperbaharui rekod temasya yang dipegang perenang WP, Ian James Barr yang dilakukan empat tahun lalu dengan catatan masa 2:05.82 saat.

“Sejujurnya saya berasa kurang sihat hari ini tetapi tetap mahu meneruskan acara bagi memberi inspirasi kepada rakan sepasukan lain yang masih muda dan kejayaan meraih emas dan memecah rekod kejohanan adalah sesuatu yang saya tidak dijangka.

“Dorongan rakan sepasukan juga memberi saya semangat untuk melakukan renangan sebaik mungkin dan hanya ucapan terima dapat diucapkan kepada semua yang sentiasa menyokong.

“Sebenarnya saya pernah melakukan masa lebih baik iaitu 2:03.86 saat ketika di Terbuka Bahamas namun rekod itu tidak mendapat pengesahan namun saya tetap gembira kerana berjaya memecah rekod kebangsaan dan Sukma,” katanya.

Sementara itu, Keith Lim yang turut mewakili WP memecah rekod temasya dalam acara 100m gaya bebas individu lelaki dengan catatan masa 50.77s.

Dia mengatasi rekod yang dilakukan oleh perenang Se­langor, Foo Jian Beng pada 2008 de­ngan masa 50.94s.