Selepas Simona Halep menewaskan Karolina Pliskova 6-4, 5-7, 6-4 untuk mengikat kedudukan 2-2, gandingan Irina Camelia Begu-Monica Niculescu muncul wira Romania apabila mengejutkan pula juara beregu wanita Wimbledon dan Terbuka Perancis, Barbora Krejcikova-Katerina Siniakova 6-7, 6-4, 6-4 dalam aksi yang hampir memakan masa tiga jam.

Pada separuh akhir April nanti, Romania akan menentang Perancis manakala satu lagi aksi mempertemukan Belarus dan pemenang antara Amerika Syarikat dan Australia. - AFP