Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Perkahwinan Messi gilang-gemilang

LIONEL MESSI dan Antonella Roccuzzo.
LIONEL MESSI dan Antonella Roccuzzo.

ROSARIO, Argentina 28 Jun – Bintang bola sepak dan penggiat industri hiburan bakal berkumpul di utara Argentina, Jumaat ini bagi meraikan majlis perkahwinan bintang Barcelona, Lionel Messi bersama kekasihnya Antonella Roccuzzo.

Daripada informasi yang disalurkan oleh jurucakap Messi, begitu juga dengan laporan media dan penduduk tempatan yang terlibat dengan majlis tersebut di bandar kelahiran pemain itu di Rosario, ramai tetamu ternama akan hadir pada hari bersejarah buat bintang Argentina itu serta pasangannya.

Bintang pop, Shakira dan teman lelakinya yang juga merupakan rakan sepasukan Messi, Gerard Pique dijangka antara 260 tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.

Mereka juga akan disertai sahabat-sahabat lama pasangan itu dan para pemain Barcelona yang terdiri daripada gandingan penyerang Luis Suarez dan Neymar.

Pengantin perempuan, Roccuzzo, 29, akan mengenakan gaun pengantin hasil rekaan pereka Sepanyol, Rosa Clara, yang bakal diterbangkan terus dari Barcelona.

Pereka tersebut pernah menghasilkan rekaan pakaian buat aktres terkenal seperti Eva Longoria dan Sofia Vergara, begitu juga dengan Permaisuri Sepanyol, Letizia.

Para tetamu dikhabarkan akan menginap di Hotel City-Center Casino, yang terletak berhampiran dengan kawasan yang memiliki kadar jenayah yang tinggi. Upacara perkahwinan dan majlis keraian, kesemuanya akan diadakan di hotel tersebut.

Messi, 30, dilaporkan telah meminta chef menyediakan sajian tempatan seperti ‘locro’ stew dan ‘empanada’ pastri.

Band pop terkenal dari Uruguay, Rombai dan Marama serta penyanyi, Karina yang merupakan teman wanita kepada bintang bola sepak Argentina, Sergio Aguero, dijangka menghiburkan para tetamu yang hadir.

Seramai 155 wartawan akan membuat liputan pada majlis perkahwinan itu tetapi mereka telah diingatkan tidak boleh mengganggu tetamu yang hadir. – AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain